Monday, October 09, 2006

Penghinaan terhadap Nabi berulang lagi

8 Okt. 2006 - Televisyen milik kerajaan Denmark telah menyiarkan video amatur yang menunjukkan sekumpulan pelampau kulit putih anti-pendatang, Parti Rakyat Denmark (DPP) di satu kem musim panas Ogos lalu menyanyi, meminum arak dan menyertai pertandingan lukisan menghina imej Nabi Muhammad.-Utusan

Stesen televisyen Denmark menyiarkan rakaman video amatur menunjukkan sekumpulan anggota pemuda Parti Rakyat Denmark (DPP) yang antipendatang asing, minum, menyanyi dan mengambil bahagian dalam pertandingan melukis imej nabi yang mengaibkan.-Berita Harian

......................................................................................................................

Pada September tahun lalu akhbar harian Denmark, Jyllands-Posten menyiarkan karikatur termasuk satu daripadanya menunjukkan Nabi Muhammad dengan bom di atas serban baginda.Umat Islam mengutuk perbuatan itu yang menimbulkan bantahan di seluruh dunia, menyebabkan lebih 50 orang terbunuh di Asia, Afrika dan Asia Barat.

*Boycott Denmark!!!

Hijab

TUNIS: Kerajaan Tunisia, sebuah negara Islam mengulangi larangannya mengharamkan wanita memakai hijab atau tudung atas alasan melindungi hak golongan wanita itu.

Berikutan itu ada pelajar wanita yang dibuang sekolah hanya kerana mengenakan tudung selain menjadi mangsa perbuatan diskriminasi dan gangguan hanya kerana menutup aurat.

Keputusan kerajaan itu bagaimanapun disambut kecaman kaum wanita, khususnya aktivis, badan bukan kerajaan dan pelajar yang mendakwa mereka berdepan pelbagai masalah akibat larangan berkenaan, lapor Islamonline semalam.

Pada 1981, bekas Presiden Habib Bourguiba (1956-1987) meluluskan undang-undang mengharamkan semua wanita Tunisia bertudung di semua pejabat kerajaan. Pemakaian tudung itu sebaliknya dianggap sebagai ‘pakaian puak pemisah.’

Selepas itu, pada era 1990-an, kerajaan memperketatkan lagi larangan itu dengan membabitkan semua institusi dan bangunan awam.

Namun kini, tudung kembali dipakai kebanyakan wanita muda dan pelajar di negara Afrika itu biarpun dengan penguatkuasaan larangan berkenaan.

“Tindakan membenarkan pemakaian tudung hanya boleh memperlahankan proses pembangunan negara. Buat masa ini kita berpegang kepada larangan itu,” kata Hedi Mhenni, Setiausaha Agung Parti Barisan Demokratik Perlembagaan (RCD) yang juga parti pemerintah Tunisia ketika mempertahankan larangan itu kelmarin.

Beliau mengulas berikutan kekecohan mengenai larangan itu di Tunisia dibangkitkan sekarang, khususnya ketika sesi akademik baru pengajian yang bermula ketika ini.

Mhenni berkata, larangan itu harus dihormati di semua tempat awam termasuk bangunan institusi pengajian tinggi.

“Kita tidak mahu isu mengenai pemakaian tudung ini merencatkan pembangunan negara. Jika hari ini kita meluluskan peraturan membenarkan pemakaian tudung, esok lusa kita terpaksa pula menerima hak asasi wanita untuk bekerja dan mendapat pendidikan.”

Sementara itu, aktivis hak asasi manusia Tunisia, peguam dan cendekiawan mengecam kempen ‘keras’ kerajaan mengenai larangan itu setiap kali bermulanya sesi baru akademik. Mereka menyifatkan larangan itu bukti jelas pencabulan hak asasi wanita negara itu.

“Cara kerajaan menangani isu hijab ini jelas bercanggah dengan syarat asas hak asasi manusia dan lebih penting, agama dan identiti diri kita sebagai seorang Muslim,” kata Ziad al- Dolati, bekas pemimpin pergerakan al-Nahda Al-Dolati turut mengecam pertubuhan wanita yang dituduhnya bersikap talam dua muka dengan tidak mempraktikkan apa yang diperjuangkan apabila gagal membela pelajar wanita yang dibuang sekolah kerana bertudung.

*Kalau negara islam sebegini rupa, apatah lagi bukan negara islam, malah sesetengah negara yang mojoriti penduduknya bukan penganut islam tidak sampai ke tahap ni.

Purdah

LONDON - Menteri Masyarakat, Phil Woolas menggesa penduduk Islam memahami pandangan bukan Islam yang kononnya mendapati purdah sebagai sesuatu yang “menakutkan dan mengganggu.”

“Sukar untuk dinyatakan sama ada wanita yang memakai purdah sebagai ekspresi kepercayaan atau disebabkan dipaksa,” kata Woolas.

“Ini boleh mencetuskan ketakutan dan balas dendam di kalangan penduduk bukan Islam dan membawa kepada diskriminasi. Orang Islam semakin bersungguh-sungguh memperlihatkan identiti mereka, dan ia menjadi putaran ganas yang memberi faedah kepada pelampau perkauman seperti Parti Kebangsaan British,” ujarnya.
....................................................................................................................

LONDON – Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott hari ini menolak pandangan rakannya yang menggesa wanita Islam menanggalkan purdah, tetapi mengalu-alukan perbahasan mengenainya.
Prescott memberitahu BBC, beliau tiada masalah untuk berkomunikasi dengan wanita Islam memakai purdah.
“Saya merasakan seorang wanita hendak memakai purdah, mengapa tidak? Itu pilihan dia Ia bukan satu isu yang besar,” kata beliau di sini.

Friday, September 29, 2006

Menghalang...

Peta wilayah Tembok Pemisah Israel (sumber:wikipedia).


Penduduk Palestin terpaksa berhadapan dengan tekanan berterusan daripada Israel. Yang terbaru semalam, pihak berkuasa keselamatan rejim Yahudi tidak membenarkan penduduk Palestin daripada menyeberangi sempadan di bandar Baitullaham, Tebing Barat yang didirikan dengan tembok pemisah terbaru.

Mereka yang beragama Islam di kawasan itu perlu menyeberangi kawasan itu untuk menunaikan sembahyang di Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Semalam merupakan hari Jumaat pertama pada bulan Ramadan. Tentera Israel semalam memutuskan untuk hanya membenarkan kaum lelaki berusia 45 tahun ke atas untuk menyeberangi kawasan itu dan bersembahyang di masjid tersebut. Pada tahun 2004, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengarahkan Israel meroboh tembok pemisah sejauh 650 kilometer itu.

Wednesday, September 13, 2006

Jika

Orang kata..Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu..Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja..Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja..Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu..


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..cukuplah sekadar keperluanmu..apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..akhirnya ia dibuang...


Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya..Janganlah kamu terlalu
mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..Anggaplah dia manusia biasa..Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu menerimanya..Akhirnya kamu kecewa meninggalkannya..


Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..Yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan.Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal...


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu.Mengasihimu.Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga akan menyesal..

Monday, August 28, 2006

Bulan Sya'ban

Telah berkata Ummul Mu`minin Aisyah RadiaLLahu Anha : " Tiadalah Rasulullah SollaLLahu Alaihi Wa Salam berpuasa pada mana-mana bulan, lebih banyak daripada Baginda berpuasa di bulan Sya`ban. Adalah Baginda berpuasa Sya`ban seluruhnya ".

Dalam riwayat yang lain: Adalah Baginda berpuasa Sya'ban seluruhnya melainkan sedikit sahaja(yang ditinggalkan).

[Al-Bukhari : 1970, Muslim : 782,1156]
Sumber : Kitab Al-azkar, karangan Imam Nawawi RahimahuLLah

Ubi Kentang

Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan".
SiGuru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu beg plastik
transparen bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang
tersebut akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci,
jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...bergantung jumlah
orang-orang yang dibenci.

Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam beg
plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana
perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama
orang yang dibenci. Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg
plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke
toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mula menjadi busuk, murid-murid
mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan
baunya juga tidak menyenangkan.

Setelah satu minggu murid-murid tersebut berasa lega kerana penderitaan
mereka akan segera berakhir. Si Guru bertanya: " Bagaimana rasanya
membawa kentang-kentang tersebut selama 1 minggu ?"

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya
semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk
tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi.


Si Guru pun menjelaskan apa erti dari " permainan " yang mereka jalankan.
Si Guru berkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila
kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan
kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru
hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk)
kebencian itu seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya
..."

Moral of the story :
Barang sesiapa yg ada kebencian terhadap orang
lain tu, eloklah dibuangkan dari hati masing2 supaya kita tidak menanggung
dosa sepanjang hayat kita.

Saturday, August 26, 2006

Muqaddimah

Assalamualaikum!
Alhamdulillahi wa kafa, was solatu was salamu `ala nabiyyil mustofa.
Pertama sekali, terima kasih tak terhingga di atas kesudian antum menziarahi weblog ni, samada dengan sengaja mahupun tidak.
Weblog ni ditubuhkan, bertujuan untuk sama-sama memperkayakan lagi pengetahuan di alam maya.
Di samping, untuk mengisi masa yang terluang. Semoga dengan tertubuhnya weblog ni, hubungan di antara kita dapat dieratkan lagi.
Akhirnya, saya mengalu-alukan cadangan dan komentar dari antum semua.
Sekian, wassalam.